Events Calendar



Event Title: MAJLIS PENANAMAN POKOK HUTAN TANAH GAMBUT BERSAMA DYTM RAJA MUDA SELANGOR
28-Aug-2013 to 28-Aug-2013 Past Event
Venue: Kompartment 100, Hutan Simpan Raja Musa
Organizer: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
Theme: His Royal Highness, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, joined us for a tree planting event in Raja Musa Forest Reserve. His Highness also visited a burn site nearby.

 

Bestari Jaya, 28 Ogos 2013 - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, telah berkenan mencemar duli untuk turut serta dalam program pemuliharaan hutan gambut di Kompartmen 100 Hutan Simpan Raja Musa.

 

Kehadiran DYTM Raja Muda Selangor menunjukkan keprihatinan dan sokongan Baginda terhadap usaha-usaha pemulihan hutan tanah gambut di Negeri Selangor. Program ini melibatkan penanaman sejumlah 600 anak pokok yang akan ditanam oleh sukarelawan bersama DYTM Raja Muda Selangor. Di samping itu, menerusi majlis ini juga meningkatkan semangat dan kesedaran awam dalam melindungi dan memelihara hutan tanah gambut di Negeri Selangor.

 

Majlis penanaman yang dijalankan pada hari ini melibatkan pelbagai agensi yang terdiri dari organisasi-organisasi amal seperti Sahabat Hutan Gambut Selangor Utara, Peatland Forest Ranger dan sukarelawan lain yang berkaitan.

 


Back