Mengulas mengenainya, Pengurus Program Hutan dan Pesisir Pantai, GEC, Nagarajan Rengasamy (HE) berkata kenyataan kerajaan negeri bahawa 40 peratus daripada HSKLU sudah merosot kualiti hutannya ketika ini adalah kurang tepat. Ini kerana, kawasan hutan yang terjejas akibat daripada kebakaran sebelum ini sudah menjalani aktiviti pemulihan dengan penanaman semula lebih daripada 12,000 pokok sejak tahun 2015 lagi. Pokok-pokok berkenaan kini dianggarkan berusia antara empat hingga lima tahun.