Zainudin Ismail GEC Community Impact Grant

The Zainudin Ismail GEC Community Impact Grant was established by the Global Environment Centre (GEC) to honour the late Haji Zainudin Ismail, founding Chairman of GEC, who passed away on December 10, 2023. The grant aims to support medium and long-term community-based sustainable natural resources and environment management.

Advisory Committee

Advisory Committee

Dato’ Ir. Lim Chow Hock
Chair, GEC Board Member and NRCF Chairman

Dato’ Ir. Haji Hanapi Mohamad Noor
Vice Chairperson of Malaysian Water Partnership (MyWP)

Prof Dato’ Chm. Dr. Mazlin Bin Mokhtar
Director, Ecological Systems Program, Sustainable Development Solutions Network (SDSN) Asia Office

Faizal Parish
Director of Global Environment Centre

Ir. Puan Hajah Norlida Mamad @ Samad
Director of River Basin Management Division, Department of Drainage & Irrigation, Malaysia

Puan Amilia Zainudin
Daughter of the late Hj Zainudin Ismail

Applications are now open!

Eligible communities are invited to apply for the grant.

Tentative Timeline:

Application period:
28 April – 27 June 2025

Screening and decision period:
July – August 2025

Award presentation:
August 2025

*Note: The stated timeline is subject to change by the Secretariat.

Application Form:

Online application form (English)
Online application form (Bahasa Melayu)

Eligibility:
Current or past GEC community partners or recipients of GEC grants
(including members of GEC Community Network/JKGEC, NRCF and Forest Care Fund recipients).

Grant Amount:
Up to RM 20,000 per grant. Two grants will be given for its inaugural year (2025).

Project Categories
Project Categories:

 

    • Category 1: Awareness raising and community participation environment-based activities.
    • Category 2: Community-based river, peatland or forest conservation and restoration.
    • Category 3: Sustainable livelihood initiatives for forest and river-based communities (including though not limited to production and use non-timber, forest-based products, environmentally-friendly products or recycled materials).
    • Category 4: Environmental Education Programmes (Mangrove Forest Ranger, Peatland Forest Ranger, River Ranger, Flood Ranger, SMART Ranger) for educational institutions (elementary and secondary schools or institutions of higher learning).

Project Duration:
1-year project

Selection Process

 
    1. Initial Review – The GEC Secretariat conducts a preliminary assessment of applications.
    2. Final Selection – The Zainudin Ismail Community Impact Grant Advisory Committee evaluates and selects the recipients.
    3. Announcement of Results – All applicants are notified of the selection outcomes.
    4. Briefing Session – Successful applicant will be briefed by the GEC Secretariat.
    5. Agreement Signing – Successful applicant formalise their acceptance by signing the grant agreement.
    6. Grant Disbursement – Funds are disbursed in two instalments based on agreed milestones.
    7. Monitoring – GEC Secretariat (and inhouse expert team) will conduct regular monitoring and provide support (if needed).
Project Implementation & Reporting

Recipients of the Zainudin Ismail Community Impact Grant are required to implement their projects within the approved timeline and submit all stipulated reports based on agreed milestones to ensure accountability and impact assessment.

      • Progress Report – Key activities completed, challenges faced and milestones achieved with supporting documentation (photos, relevant materials)
      • Final Report – All completed activities, overall impact, financial breakdown, key achievements with supporting documentation (photos, relevant materials)

 

Got Question?

The Secretariat is available to clarify all enquiries. Ask us at outreach@gec.org.my or 037957 2007.

Geran Impak Komuniti GEC Zainudin Ismail telah ditubuhkan oleh Global Environment Centre (GEC) sebagai penghormatan kepada Allahyarham Haji Zainudin Ismail,
Pengerusi dan Pengasas GEC, yang telah meninggal dunia pada 10 Disember 2023. Geran ini bertujuan untuk menyokong inisiatif pengurusan sumber lestari berasaskan komuniti.

Jawatankuasa Penasihat

Jawatankuasa Penasihat

Dato’ Ir. Lim Chow Hock
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah GEC dan Pengerusi NRCF

Dato’ Ir. Haji Hanapi Mohamad Noor
Timbalan Pengerusi Malaysian Water Partnership (MyWP)

Prof Dato’ Chm. Dr. Mazlin Bin Mokhtar
Pengarah, Ecological Systems Program, Sustainable Development Solutions Network (SDSN) Asia Office

Faizal Parish
Pengarah Global Environment Centre (GEC)

Ir. Puan Hajah Norlida Mamad @ Samad
Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia

Puan Amilia Zainudin
Waris kepada Allayarham Hj Zainudin Ismail

Permohonan Kini Dibuka!

Komuniti yang layak dijemput untuk memohon geran ini.

Garis Masa Tentatif:

Tempoh permohonan:
28 April – 27 Jun 2025

Tempoh saringan dan keputusan:
Julai – Ogos 2025

Serahan Geran:
Ogos 2025

*Nota: Garis masa yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan oleh Sekretariat.

Borang Permohonan:

Borang permohonan dalam talian (Bahasa Inggeris)
Borang permohonan dalam talian (Bahasa Melayu)

Kelayakan:
Rakan komuniti GEC atau penerima geran GEC semasa atau terdahulu,
termasuk ahli Jaringan Komuniti GEC (JKGEC), serta penerima National River Care Fund (NRCF) dan Forest Care Fund (FCF).

Jumlah Geran:
Sehingga RM20,000 untuk setiap geran. Bagi tahun permulaan (2025), sebanyak dua geran akan diberikan.

Kategori Projek
Kategori Projek:
    • Kategori 1: Aktiviti berasaskan alam sekitar bagi meningkatkan kesedaran dan penyertaan komuniti.
    • Kategori 2: Pemuliharaan dan pemulihan sungai, tanah gambut atau hutan berasaskan komuniti.
    • Kategori 3: Inisiatif sumber pendapatan lestari untuk komuniti yang bergantung kepada hutan dan sungai (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengeluaran dan penggunaan hasil hutan bukan kayu, produk mesra alam atau bahan kitar semula).
    • Kategori 4: Program Pendidikan Alam Sekitar (Mangrove Forest Ranger, Peatland Forest Ranger, RIVER Ranger, Flood Ranger dan SMART Ranger) untuk institusi pendidikan (sekolah rendah dan menengah atau institusi pengajian tinggi).
Tempoh Projek:

Satu (1) tahun

Proses Pemilihan:
    1. Semakan Awal – Sekretariat GEC menjalankan penilaian awal permohonan.
    2. Pemilihan Akhir – Jawatankuasa Penasihat Geran Impak Komuniti Zainudin Ismail menilai dan memilih penerima geran.
    3. Pengumuman Keputusan – Semua pemohon akan dimaklumkan mengenai keputusan pemilihan.
    4. Sesi Taklimat – Pemohon yang berjaya akan diberi taklimat oleh Sekretariat GEC.
    5. Menandatangani Perjanjian – Pemohon yang berjaya akan mengesahkan penerimaan mereka dengan menandatangani perjanjian geran.
    6. Penyaluran Geran – Dana akan disalurkan dalam dua ansuran berdasarkan pencapaian yang telah dipersetujui.
    7. Pemantauan – Sekretariat GEC (dan pasukan pakar dalaman) akan menjalankan pemantauan secara berkala dan memberikan sokongan (jika perlu).
Pelaksanaan & Pelaporan Projek

Penerima Geran Impak Komuniti Zainudin Ismail perlu melaksanakan projek dalam tempoh yang diluluskan dan menyerahkan laporan yang diperlukan berdasarkan pencapaian yang telah dipersetujui untuk memastikan ketelusan dan penilaian impak.

  • Laporan Kemajuan – Aktiviti utama yang telah dilaksanakan, cabaran yang dihadapi dan pencapaian yang diperoleh berserta dokumen sokongan (gambar, bahan berkaitan).
  • Laporan Akhir – Semua aktiviti yang telah diselesaikan, impak keseluruhan, perincian kewangan, pencapaian utama berserta dokumen sokongan (gambar, bahan berkaitan).

 

Ada Soalan?

Sekretariat bersedia menjawab sebarang pertanyaan. Hubungi kami di outreach@gec.org.my atau 037957 2007.