Kuala Gula destinasi burung migrasi
KETIKA menyusuri kawasan hutan paya laut, kelihatan burung botak kecil, burung upeh, kedidi berkaki merah dan bangau besar sedang tenang mencari makan di sepanjang kawasan paya laut yang sedang surut di Kuala Gula. Tidak terlepas pandangan ialah helang merah berterbangan di udara manakala lotong kelabu, belacak, sekendi kepala besar dan kera di sekitar Ban Joo…